Saya ambil artikel ini daripada internet untuk berkongsi dengan anda semua tentang khasiat dan kehebatan yang ada pada buah delima. Moga kita semua mendapat manfaat daripadanya.
Tahukah Anda,
RAJA BUAH yang sebenarnya adalah DELIMA bukannya DURIAN.
Sesungguhnya buah Delima mempunyai tahap antioksidan yang tertinggi daripada buah-buah yang lain dan ianya terdapat didalam SYURGA.
“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon Kurma dan Delima”.
|
(Surah Ar Rahman : Ayat 68)
Buah
Delima atau dari segi saintifiknya Punica Granatum mempunyai pelbagai
keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari
segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap
sebagai unsur penting dalam pembentukan Darah Merah. Seseorang yang
kekurangan zat besi akan mengalami penyakit Anemia. Dengan hanya sebiji
buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima
mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang
lain.
DELIMA AGEN PENYEMBUHAN
Delima,
sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Quran, mengandung
potassium yang besar jumlahnya, selain dari mineral-mineral lain seperti
fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.
Bereaksi
bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga
denyutan jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan
fetusnya).
Dengan
memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang
kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati
rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang
pergerakan bayi yg dikandung), mencegah Edema, dan mengurangi kadar gula
yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung
atau lebih dari 3 kali pregnancy).
Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.
RAHSIA PENCIPTAAN DELIMA
Jika
ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Punica
granatum dalam istilah botani juga terdapat di India, Afghanistan dan
Syria. Pada zaman Nabi Musa a.s lagi, buah delima yang bermutu sudah
ditanam di Palestin dan Lebanon.
Buah
Delima menjadi simbol KESUBURAN bagi perkahwinan masyarakat di Timur
Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol
KEBANGKITAN semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha,
buah delima dikatakan buah yang BERKAT selain daripada buah limau dan
pic.
Di
China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang
melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Namun,
dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di
dalam SYURGA yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati
oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana
yang termaktub dalam firmanNya di dalam Surah Al An'am ayat 99 dan ayat
141.
Imam
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung sejenak tentang penciptaan
buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti
kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan
bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang
tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta
dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia
dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.
Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa
mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi
dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat
sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan
itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri
mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah
delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut
dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk
menjaganya bebas daripada segala hama.
Sorotan
tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian
yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus.
Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di
dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima
juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas
buah- buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai UBAT PENAWAR. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai UBAT PENAWAR. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk.
Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud:
"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".
Jus
Buah Delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan
badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan
akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ia juga
bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan
darah tinggi dan atritis.
Di
samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam
fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa
keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan
untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Justeru, kemanfaatan buah delima
tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah
yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan
penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia.
Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah SWT.
Renungkanlah
dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang
diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum
sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah SWT
cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat
manfaat dan menilai kurniaan tersebut.
No comments:
Post a Comment